Definisi Isipadu Cecair
Isipadu cecair adalah merujuk kepada muatan cecair ataupun isi kandungan cecair di dalam sesuatu bekas. Ukuran Isipadu bagi cecair boleh diukur dengan menggunakan ‘non standard units’ @ unit bukan piawai (lebih atau kurang) seperti sukatan berapa gelas air dalam sebuah baldi sebagai contoh dan ‘standard unit’ @ unit piawai dalam millimeter (ml) dan liter (l).
Proses untuk menyukat kandungan isipadu cecair pula disebut sebagai proses mengira jumlah cecair yang boleh mengisi sesuatu bekas yang berlainan bentuk dan saiz sama ada mengikut unit ukuran piawai atau tidak. Proses ini memerlukan kemahiran memerhati dan membaca unit ukuran dalam diri murid. Oleh yang demikian, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis adalah perkara yang penting dalam proses murid menguasi kemahiran ini.
Kesilapan Konsep Isipadu Cecair Dalam Kalangan Murid-Murid
Akibat dari ketidakfahaman konsep, ramai murid telah beranggapan bahawa bekas yang tinggi dan kecil saiznya mempunyai isipadu air yang lebih banyak berbanding bekas rendah tetapi lebar. Sebagai contoh, sebuah besen berkapasiti 5000 ml lebih banyak air dapat diisi berbanding baldi yang berkapasiti 2000 ml.
No comments:
Post a Comment