Saturday, November 27, 2010

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Kumpulan Sasaran – Murid sederhana dan lemah

Matapelajaran : Matematik
Tahun : 2 Juara (Kelas ke-3)
Masa : 8.45 pagi – 9.45 pagi
Topik : Isipadu cecair
Sub-topik : Mengukur dan membandingkan isipadu cecair
Objektif : Mengukur dan membandingkan isipadu cecair secara perbandingan terus
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pelajaran murid dapat membandingkan isipadu cecair secara perbandingan terus.
Bahan :Bikar, air botol & air kotak, gelas & jag, cawan & mangkuk
Nilai murni : Teliti, berhati-hati, bekerjasama.

Set Induksi
Dua bekas yang sama saiz dan isipadunya ditunjukkan kepada murid-murid. Guru member arahan agar murid membuat tekaan bikar manakah yang mempunyai isipadu yang lebih banyak. Setelah itu, Guru memberi penerangan bagaimanakah bikar tersebut dapat dibezakan isipadunya dengan menuangkan cecair di dalam bikar tersebut di dalam gelas yang tersedia sehingga cukup dengan nilai yang sama.

Langkah Pengajaran
1)         2 buah bikar yang mengandungi isipadu yang berbeza disediakan dan guru mengarahkan murid-murid secara berpasangan menyatakan sama ada ia penuh atau separuh. Murid-murid juga diarahkan untuk menyatakan bikar mana yang mempunyai lebih atau kurang isipadunya.
2)         Secara berkumpulan iaitu satu kumpulan 4 orang, murid-murid diarahkan untuk membuat  satu demonstrasi dan memberikan penerangkan kepada rakan-rakan lain dengan bantuan guru. Iaitu,
(i)         Bekas manakah yang mengandungi lebih banyak isipadu antara bekas air kotak dan air botol?
(ii)        Adakah sukatan antara jag air dan bekas air adalah sama?
(iii)       Adakah satu cawan mengandungi lebih banyak isipadu berbanding 1 mangkuk?
3)         Secara bergilir-gilir, murid membuat penilaian bekas manakah yang mempunyai nilai isipadu yang dikehendaki.

Penutup
Guru dan murid bersama-sama membuat rumusan bahawa setiap saiz bekas akan mempengaruhi nilai isipadunya. Murid-murid diberikan lembaran kerja serta diarahkan menjawab soalan yang dinyatakan secara spontan dengan menunjukkan bikar yang mengandungi isipadu yang penuh, separuh, lebih banyak, lebih sikit, sama isipadunya dan lain-lain

Kumpulan Sasaran – Murid Pandai

Matapelajaran : Matematik
Tahun : 2 Perdana (Kelas pertama)
Masa : 7.45 pagi – 8.45 pagi
Topik : Isipadu cecair
Sub-topik : Mengukur dan membandingkan isipadu cecair
Objektif : Mengukur isipadu cecair menggunakan pengukuran bukan piawai
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pelajaran murid dapat mengukur isipadu cecair
menggunakan pengukuran bukan piawai
Bahan : Bikar, tin, air botol & air kotak, gelas & jag, cawan & mangkuk
Nilai murni : Bekerjasama, berhati-hati, teliti.

Set Induksi
Murid disoal beberapa soalan berkenaan dengan kehidupan seharian yang berkaitan dengan pengukuran isipadu cecair.
Contoh :
“Adakah botol ini berisi air yang penuh?”
“Apakah tindakan yang perlu dilakukan jika kita mahukan bekas ini mempunyai separuh sukatan air di dalam bekas air ini?”


Langkah Pengajaran
1. Guru mengarahkan murid berada dalam 4 kumpulan.
2. 4 set alat yang berbeza iaitu jag, tin, botol mineral dan mangkuk kepada setiap kumpulan.
3. Murid-murid diarahkan untuk mengisi satu gelas air ke dalam setiap bekas yang diberi dan membuat perbandingan diantaranya.
5. Segala aktiviti akan direkodkan bilangan gelas air yang diisi kedalam setiap bekas sehingga penuh. Setiap kumpulan juga perlu memberi penerangan berdasarkan ujikaji yang mereka lakukan.
Bekas
Mangkuk
Tin
Jag air
Botol mineral
Bilangan gelas





Jadual 1:Menyukat isipadu cecair dengan unit yang tidak standard.
Penutup
Murid membuat anggaran bilangan kuantiti gelas berisi air ke dalam bekas seperti kosong,penuh atau separuh penuh dengan dibimbing oleh guru.  Murid akan mengenalpasti berapa banyak kandungan air yang dapat di isi ke dalam setiap bekas dengan menyatakan sukatan yang betul. Ditekankan disini bahawa setiap bekas yang lebih besar akan mempunyai kuantiti yang lebih banyak kandungannya. Guru juga perlu menekankan bahawa kuantiti setiap bekas akan berbeza bekas adalah berbeza. Perkara tersebut akan diketahui oleh murid setelah melakukan ujikaji.

No comments:

Post a Comment