Saturday, November 27, 2010

Kesimpulan

Kita sebagai seorang guru matematik yang berdedikasi di sekolah rendah, tumpuan seharusnya diberikan terhadap perkembangan kanak-kanak bermula daripada peringkat operasi konkrit, semi konkrit dan abstrak. Pada peringkat awal, kanak-kanak perlu memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Kaedah menyukat isipadu cecair memerlukan kefahaman yang tepat. Diharapkan agar murid-murid tidak terpengaruh dengan saiz bekas atau ketinggian bekas dalam menentukan isipadu cecair tertentu. Penggunaan alat bantu mengajar dapat membantu murid memahami konsep matematik.
Pada permulaan pengajaran, alatan tanpa unit yang standard yang digunakan seperti penggunaan cawan atau bekas kecil boleh digunakan bagi menyukat isipadu cecair.setelah itu barulah digunakan alatan yang mempunyai sukatan seperti bikar makmal atau silinder penyukat yang disarankan penggunaannya. Perkara paling utama ialah kefahaman murid-murid bagaimnana untuk menyukat isipadu cecair dengan menggunakan alatan yang betul agar dapat diaplikasikan kemahiran menyukat isipadu cecair dalam kehidupan seharian.
Kesimpulannya, kanak-kanak belajar matematik melalui pengalaman dan pengamatan sesuatu perkara. Perkara ini terbukti semasa pengajaran dan pembelajaran dalam topik isipadu cecair diajar. Selain itu, kanak-kanak juga dapat memahami sendiri konsep yang baru.

No comments:

Post a Comment