Sunday, November 28, 2010

ASSIGNMENT QUESTION

Misconception on capacity may arise among the students while teaching Volume of liquid especially when comparing capacity of two containers that can hold more. Students often make the comparison on height rather than its capacity. Find ONE (1) video in the internet that show how volume of liquid are measured. Create TWO (2) teaching aids that can be applied to Year Two students to help them understand better. Based on your teaching aids, you are required to create TWO (2) teaching activities; each for high achiever Cand low achiever students. Finally, you are required to develop your own blog and post the video, teaching aid and teaching activities in your blog. You are free to choose any platform that are available in the internet. For reference you may browse at www.blogger.com on developing your blog. You are only required to submit link to your blog

Pengenalan

Definisi Isipadu Cecair

Isipadu cecair adalah merujuk kepada muatan cecair ataupun isi kandungan cecair di dalam sesuatu bekas. Ukuran Isipadu bagi cecair boleh diukur dengan menggunakan ‘non standard units’ @ unit bukan piawai (lebih atau kurang) seperti sukatan berapa gelas air dalam sebuah baldi sebagai contoh dan ‘standard unit’ @ unit piawai dalam millimeter (ml) dan liter (l).
Proses untuk menyukat kandungan isipadu cecair pula disebut sebagai proses mengira jumlah cecair yang boleh mengisi sesuatu bekas yang berlainan bentuk dan saiz  sama ada mengikut unit ukuran piawai atau tidak. Proses ini memerlukan kemahiran memerhati dan membaca unit ukuran dalam diri murid. Oleh yang demikian, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis adalah perkara yang penting dalam proses murid menguasi kemahiran ini.

Kesilapan Konsep Isipadu Cecair Dalam Kalangan Murid-Murid
Akibat dari ketidakfahaman konsep, ramai murid telah beranggapan bahawa bekas yang tinggi dan kecil saiznya mempunyai isipadu air yang lebih banyak berbanding bekas rendah tetapi lebar. Sebagai contoh, sebuah besen berkapasiti 5000 ml lebih banyak air dapat diisi berbanding baldi yang berkapasiti 2000 ml.

Video Pengenalan

Saturday, November 27, 2010

Media Pengajaran



 






Media P&P pertama - Kumpulan Sasaran – Murid sederhana dan lemah

Bikar, air botol & air kotak, gelas & jag, cawan & mangkuk













Media P&P Kedua -  Kumpulan Sasaran – Murid pandai

Bikar, tin, air botol & air kotak, gelas & jag, cawan & mangkuk 










Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Kumpulan Sasaran – Murid sederhana dan lemah

Matapelajaran : Matematik
Tahun : 2 Juara (Kelas ke-3)
Masa : 8.45 pagi – 9.45 pagi
Topik : Isipadu cecair
Sub-topik : Mengukur dan membandingkan isipadu cecair
Objektif : Mengukur dan membandingkan isipadu cecair secara perbandingan terus
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pelajaran murid dapat membandingkan isipadu cecair secara perbandingan terus.
Bahan :Bikar, air botol & air kotak, gelas & jag, cawan & mangkuk
Nilai murni : Teliti, berhati-hati, bekerjasama.

Set Induksi
Dua bekas yang sama saiz dan isipadunya ditunjukkan kepada murid-murid. Guru member arahan agar murid membuat tekaan bikar manakah yang mempunyai isipadu yang lebih banyak. Setelah itu, Guru memberi penerangan bagaimanakah bikar tersebut dapat dibezakan isipadunya dengan menuangkan cecair di dalam bikar tersebut di dalam gelas yang tersedia sehingga cukup dengan nilai yang sama.

Langkah Pengajaran
1)         2 buah bikar yang mengandungi isipadu yang berbeza disediakan dan guru mengarahkan murid-murid secara berpasangan menyatakan sama ada ia penuh atau separuh. Murid-murid juga diarahkan untuk menyatakan bikar mana yang mempunyai lebih atau kurang isipadunya.
2)         Secara berkumpulan iaitu satu kumpulan 4 orang, murid-murid diarahkan untuk membuat  satu demonstrasi dan memberikan penerangkan kepada rakan-rakan lain dengan bantuan guru. Iaitu,
(i)         Bekas manakah yang mengandungi lebih banyak isipadu antara bekas air kotak dan air botol?
(ii)        Adakah sukatan antara jag air dan bekas air adalah sama?
(iii)       Adakah satu cawan mengandungi lebih banyak isipadu berbanding 1 mangkuk?
3)         Secara bergilir-gilir, murid membuat penilaian bekas manakah yang mempunyai nilai isipadu yang dikehendaki.

Penutup
Guru dan murid bersama-sama membuat rumusan bahawa setiap saiz bekas akan mempengaruhi nilai isipadunya. Murid-murid diberikan lembaran kerja serta diarahkan menjawab soalan yang dinyatakan secara spontan dengan menunjukkan bikar yang mengandungi isipadu yang penuh, separuh, lebih banyak, lebih sikit, sama isipadunya dan lain-lain

Kumpulan Sasaran – Murid Pandai

Matapelajaran : Matematik
Tahun : 2 Perdana (Kelas pertama)
Masa : 7.45 pagi – 8.45 pagi
Topik : Isipadu cecair
Sub-topik : Mengukur dan membandingkan isipadu cecair
Objektif : Mengukur isipadu cecair menggunakan pengukuran bukan piawai
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pelajaran murid dapat mengukur isipadu cecair
menggunakan pengukuran bukan piawai
Bahan : Bikar, tin, air botol & air kotak, gelas & jag, cawan & mangkuk
Nilai murni : Bekerjasama, berhati-hati, teliti.

Set Induksi
Murid disoal beberapa soalan berkenaan dengan kehidupan seharian yang berkaitan dengan pengukuran isipadu cecair.
Contoh :
“Adakah botol ini berisi air yang penuh?”
“Apakah tindakan yang perlu dilakukan jika kita mahukan bekas ini mempunyai separuh sukatan air di dalam bekas air ini?”


Langkah Pengajaran
1. Guru mengarahkan murid berada dalam 4 kumpulan.
2. 4 set alat yang berbeza iaitu jag, tin, botol mineral dan mangkuk kepada setiap kumpulan.
3. Murid-murid diarahkan untuk mengisi satu gelas air ke dalam setiap bekas yang diberi dan membuat perbandingan diantaranya.
5. Segala aktiviti akan direkodkan bilangan gelas air yang diisi kedalam setiap bekas sehingga penuh. Setiap kumpulan juga perlu memberi penerangan berdasarkan ujikaji yang mereka lakukan.
Bekas
Mangkuk
Tin
Jag air
Botol mineral
Bilangan gelas





Jadual 1:Menyukat isipadu cecair dengan unit yang tidak standard.
Penutup
Murid membuat anggaran bilangan kuantiti gelas berisi air ke dalam bekas seperti kosong,penuh atau separuh penuh dengan dibimbing oleh guru.  Murid akan mengenalpasti berapa banyak kandungan air yang dapat di isi ke dalam setiap bekas dengan menyatakan sukatan yang betul. Ditekankan disini bahawa setiap bekas yang lebih besar akan mempunyai kuantiti yang lebih banyak kandungannya. Guru juga perlu menekankan bahawa kuantiti setiap bekas akan berbeza bekas adalah berbeza. Perkara tersebut akan diketahui oleh murid setelah melakukan ujikaji.

Kesimpulan

Kita sebagai seorang guru matematik yang berdedikasi di sekolah rendah, tumpuan seharusnya diberikan terhadap perkembangan kanak-kanak bermula daripada peringkat operasi konkrit, semi konkrit dan abstrak. Pada peringkat awal, kanak-kanak perlu memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Kaedah menyukat isipadu cecair memerlukan kefahaman yang tepat. Diharapkan agar murid-murid tidak terpengaruh dengan saiz bekas atau ketinggian bekas dalam menentukan isipadu cecair tertentu. Penggunaan alat bantu mengajar dapat membantu murid memahami konsep matematik.
Pada permulaan pengajaran, alatan tanpa unit yang standard yang digunakan seperti penggunaan cawan atau bekas kecil boleh digunakan bagi menyukat isipadu cecair.setelah itu barulah digunakan alatan yang mempunyai sukatan seperti bikar makmal atau silinder penyukat yang disarankan penggunaannya. Perkara paling utama ialah kefahaman murid-murid bagaimnana untuk menyukat isipadu cecair dengan menggunakan alatan yang betul agar dapat diaplikasikan kemahiran menyukat isipadu cecair dalam kehidupan seharian.
Kesimpulannya, kanak-kanak belajar matematik melalui pengalaman dan pengamatan sesuatu perkara. Perkara ini terbukti semasa pengajaran dan pembelajaran dalam topik isipadu cecair diajar. Selain itu, kanak-kanak juga dapat memahami sendiri konsep yang baru.